Forever Young

akak ni ganas giler!!
Sunday 5 August 2012 ? 0 Atashinchi ?
Lokasi : netball court, female sport complex. University tepi hutan. Pinggiran kota.

Feew wiittt!!!

Times out! suara pengadil separuh mati. 

Yeay! Kita menang! Dia jerit sakan. Macam orang giler. Macamlah first time menang.

“alah. Sikit je pun beza. 18-16.” Orang sebelah tibe-tibe je.

“ah, tak kira lah. Sikit ke banyak, menang jugak kan namanya” tangan dia cepat je cuit.

“ish, akak ni sakitlah. Orang bukan tunggul nak main cuit ikut suka hati je.”

“hoy-hoy, melenting pulak. Cuit je, bukan luak pun. Lagipun tunggul keras, mana boleh cuit-cuit.” Dia sengih gusi naik atas.haha!

“dush! Terkena.” Adik tu tepuk dahi.

Mereka ke tepi court. Rehat-rehat sambil tengok next match group lain. 

Bip yang bertanda GS dia letak tepi.

“huh, nasib baik menang. Berbaloi!”

“alhamdulillah~ rezeki. Dapat jugak masuk semifinal tahun ni.” Dia pulak bersuara.

“hope sampai final!” adik tu angkat kening. Dah macam ala-ala Ziana Zain.

“insyaAllah, lepas ni kena rajin turun training. Jangan asyik ponteng je.” Dia buat-buat pandang lain.

“aiseh. Terkena lagi. Dush!dush! yela-yela.. orang bukan sengaja.” Nada tak leh blah.

“hek eleh. Akak cakap sikit pun tak boleh. Manja!” dia laju baling bip tu. Tepat kena sasaran.

“akak ni kan kalau cakap tak yah guna action tak boleh ke?” baling balik bip dengan segenap tenaga yang ada.

Pup! Dia sambut kemas.

“haha! Jangan main-mainlah dengan Goal Shutter ni.” Dia angkat bip sambil tunjuk GS.

“tak aci betul!” adik tu mencebik.

Tiba-tiba.

“emm.. kak, saya tengok akak ni aktif semacam je even akak macam ni. Lain dengan orang tu.” Mulut dimuncungkan ke arah luar pagar.

Dia pusing 359 darjah. Nak tengok apa yang dimuncungkan tu.

“oh.. kenapa?salah ke akak macam ni?” dia dah start main tarik tali. Macam lagu Elyana tu pun ada.

“takdelah. Selalu yang saya jumpa berjubah. Tudung labuh. Cakap pun lembut semacam je. Sukan-sukan ni confirm tolak tepi.”

“so?” 

“ehem. Jangan terasa tau. Akak ni lain giler. Dah la kasar semacam. Pakai pun stylo terlebih, mengalahkan saya.haha!”

“haha! Giler betul budak ni. Akak pakai macam ni pun dah stylo ke?” dia pandang atas bawah-atass bawah. 

Baju labuh oren hitam. Tudung 60’ putih. Seluar trek hitam, jalur tepi dan bercekak di kaki. Sneakers Converse petak-petak. Tu ibarat baju kebangsaan dia bila ada aktiviti outdoor. Sneakers tu macam bestfriend. Ke kelas, keluar outing, sukan. Macam multitasking pun ada.

“yelah. Dah la tengah panas, pakai baju labuh-labuh macam ni. Tudung pun besar. Mana tak nanti nak sumbat bola dalam jaring pun tersangkut.” Dia gelak sambil guling-guling. Ada maksud disebaliknya tu.

“oi! Agak-agaklah nak kutuk akak pun. Ha, amik ni. Upah.” Dia smackdown adik tu sekali. Kalah The Rock. haha!


jap.tak abes lagi.^^
SAMBUNGAN ada kat bawah ni. sorri, aku saja je buat macam ni.haha!


Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post