Forever Young

SPM
Tuesday, 13 August 2013 ? 0 Atashinchi ?

sedikit nasihat daripada sahabat-SHIJIE





untuk SPM yg pastikita kena buktikn umat Islam hebatkena usaha sebaik mungkinkerna jelas Allah firmankan dalam surah 53 ayat 39manusia akan dapat apa yg diusahakanAllah guna term manusia means umum kepada semua manusia sapa yg usaha akan dpt hasilnya kita kena sedar bnda tu sebenarnya kita semua boleh masalahnya tiada kesungguhan if kita sungguh2..subhallah ..kita kena seimbangkn dunia dan akhirat kita insyaAllah boleh


Thanks for reading :)


LA TAHZAN MUNIRAH ^^
Friday, 26 April 2013 ? 0 Atashinchi ?
assalamualaikum..jgn bersedih?? yup! setiap org pernah rase sedih+kecewa+ kadang-kadang rase nak menangis kan??...kalau kita bersedih lebih baik kita mengadu yang Maha Esa.ALLAH S.W.T ..^^

kalau rase sedih cubalah banyakkan senyum..in syaa allah nati sedih tu pun berkurang walaupun sikit..ye ke?? try lah.^^..dgn cara mcm ni kita boleh dekatkan diri kita dgn ALLAH

haha..bukan senang nak jadi engineer yang islamik..tapi kalau itu yang dia impikan..in syaa allah tak mustahil boleh jadi..aminnn~~ aim higher. work harder. pray more. leave the rest. let Him decide..okay tahun ni dia habis belajar dekat matriks..harap dapat lah teruskan dlm bidang engineer tu..HAHA..mcm kelakar je..okaylah..tak tahu pun nak conteng apa dah dekat blog ni..okay..saya doakan awak dipermudahkan segala urusan..keputusan final exam in syaa allah cemerlang..amin~~.nothing to display lah.. ^^ senyum!!!





Thanks for reading :)


SPM Candidate 2013!! ^^
Friday, 8 February 2013 ? 0 Atashinchi ?
assalamualaikum!! ^^ lame tak update blog! tetiba mood jadi rajin nak update blog. hehe..blog awak sihat tak?? lame tak nmpak awak..HAHA.*merapu je* wink ! wink! ^^ excited nak cuci blog..^^

okey abaikan yang atas tu..^^ .saya norhidayah munirah akan menduduki SPM pada tahun 2013.WOW! tak percaya..rase baru je habis form4 tahun ni dah form5 maknanye dah 17 tahun cepatnye masa berlalu...makin dekat dengan mati..:)


hari pertama sekolah tersangat lah indah, sempat dengar burung berkicauan.indahnya pagi tu..yang paling seronok sebab dah lame tak jumpe kawan2..masuk kelas je terus peluk kawan2 rindu dekat kawan2..:).HAHA.tahun ni je last sekolah dekat SMK seri perak ,teluk intan..tahun ni jugak lah last duduk asrama.:).naik form5 cikgu2 semua tegas dan sporting.tapi yang  plg penting cikgu selalu nasihat kan kami supaya tahun ni kene rajinkan diri..sikap kebudak budakan kene buang jauh2...cg juga berpesan jangan sesekali tangguh kerja sekolah..:)  cikgu sangat lah syg kan kami sehingga hari kedua sekolah cg dah bagi homework.alhamdulillah..bersyukur ^^..adab belaja kalau nak berjaya jangan sesekali mengeluh..ingat tu! :) takut jugak nak spm..doakan hidayah dapat 11A+ dalam spm.amin~! nak tahu tak teringin sangat nak sambung belaja dekat Universiti AL-Azhar..in syaa allah kalau ade rezeki..okey tahun ni jugaklah semangat sangat belaja biologi,kimia,,addmath, dan bahasa arab!kepada ustazah saya takkan hampakan ustazah untuk bahasa arab spm nati..saya akan dapatkan keputusan yg terbaik..in syaa  allah..^^
Ya Allah,sesungguhnya hanya padaMu ku meminta,Permudahkanlah urusanku,Permudahkanlah kefahamanku atas apa yang akan dan telah ku pelajari,Berikanlah kejayaan atas segala sesuatu yang telah aku lakukan. Tenangkanlah fikiran ku,kuatkanlah ingantanku. Amin yaAllah :') 




Thanks for reading :)


vans shoes!! ^^
Friday, 21 December 2012 ? 0 Atashinchi ?
kasut???kasut??kasut???? HAHA..aku ni memang tak boleh nmpak kasut!! tambah2 kasut vans!! serius cantik!!! ayah nak kasut vans! boleh tak???  *mengharap*..nak tahu tak kenapa aku suke sngt kasut vans ni..kasut ni simple je..tapi cantik+sylo!!..HAHA.. tak pe lah tak dapat kasut vans dapat tgok gambar pon  dah okey..sedih sob3..^^..  





Thanks for reading :)


its okey lah!! ^^
Monday, 17 December 2012 ? 0 Atashinchi ?
assalamualaikum!!! lama tak conteng dekat blog ni!!! serius lama beno tak bukak blog ni.dah berhabuk plus bersarang! nasib tak de serangga lapan kaki..^^ HAHA..aku memang suke merapu..ade benda lah nak share..jom usha!! ^^ cerita ni bukan aku yg buat 100%..aku tak pandai nak buat cerita mcm org lain!! sob..sob..sob.. tak pe2.. hehe



“Saudari, maafkan saya. Saya tidak dapat menerima cinta saudari. Cukuplah sampai disini. Semoga Allah mengampuni saya jika saya bersalah. Saya tahu niat saudari baik, tetapi saya bukanlah orang yang tepat.”
Tulisan ini mungkin pernah kita terima melalui SMS yang masuk ke inbox telefon kita. Tentu remuk rendam hati dan perasaan kita. Cinta kita ditolak! Malu..! Dunia seolah-olah berakhir. Suasana hati berubah mendadak dan menjadi binggung tidak tahu harus berbuat apa.
Sesiapapun mungkin akan kecewa apabila keinginan dan cita-citanya tidak tercapai. Perasaan kecewa adalah sebahagian dari gharizatul baqa‘ (naluri mempertahankan diri) yang Allah ciptakan pada manusia. Dengannya, manusia adalah bukan robot, mereka mempunyai pelbagai emosi. Dapat gembira tetapi boleh juga untuk merasa kecewa.
Manusia memang tidak suka dengan penolakan. Mereka ingin semua keinginannya selalu dipenuhi. Padahal ditolak adalah salah satu daripada kehidupan kita. Hidup ini adakalanya tidak boleh memilih. Benar, cuba kita perhatikan, kita lahir ke dunia ini tanpa ada pilihan: sebagai lelaki atau perempuan, berkulit gelap atau cerah, berbeza suku bangsa. Rezeki dan jodoh juga adalah sesuatu yang diluar pilihan kita
Man propose, God dispose  - Kita hanya mampu berusaha dan berikhtiar, tetapi Allah jua yang menentukan segalanya. Ya, yang penting kita sudah IKHTIAR!
.
Ini Bukan Suatu Aib
Ditolak?
Pastinya perasaan Malu, kesal dan kecewa menjadi satu. Tetapi itulah bentuk perjuangan menuju pernikahan. Kita sememangnya tidak tahu apakah sang pujaan menerima atau menolak kita, kecuali setelah kita memberi tahu hasrat hati kita kepadanya.
Apabila cinta ditolak tidak usah malu. Bukan cuma kita sahaja yang pernah ditolak. Ramai lagi orang lain yang senasib dengan kita. Jika seorang wanita melamar lelaki, dia tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh sebenarnya adalah mereka yang mendedahkan aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas  
Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam.
Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu?
Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan :)
.
Positiflah!
Marah-marah kerana ditolak? Mendoakan keburukan kepada lelaki/wanita yang menolak kita? Itu bukanlah sikap seorang muslim yang baik. 
Tidak ada yang dapat melarang seseorang untuk jatuh cinta mahupun menolak cinta. Sebagaimana kita mempunyai hak untuk mencintai dan melamar orang, maka ada juga hak yang diberikan agama pada orang lain untuk menolak pinangan kita.
Bahkan dalam kehidupan rumah tangga pun seorang suami dan isteri diberikan hak oleh Allah (SWT) untuk membatalkan sebuah ikatan perkahwinan. Mengapa Allah SWT memberikan hak menolak cinta kepada kita? Dan dalam perkahwinan ada “penceraian”? 
Jawapannya adalah mungkin manusia yang pernah jatuh cinta atau setelah membina rumah tangga, ternyata tidak memperoleh kebahagiaan (al-hanaah) dari pasangannya, maka tiada gunanya untuk kita mempertahankan sebuah hubungan apabila kebahagiaan dan ketenteraman tak dapat diraih. Wallahuaklam bi ash sawab
Berfikir positiflah apabila cinta atau hasrat hati kita itu tidak berbalas. Belum tentu kita memperoleh kebahagiaan apabila hidup bersamanya. Apa yang kita pandang baik pada mata kasar, belum tentu akan memberikan kebaikan pada kemudian hari.
Allah maha pengatur, pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan. Be positive thinking. Tiada sebab untuk bersedih.
 ”…dan jangan kamu berputus asa dari dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” [Yusuf :87]
 
Add caption





Thanks for reading :)


:)
Thursday, 13 December 2012 ? 0 Atashinchi ?
Aku akan simpan namamu dalam doa dan sujudku. Itu saja wanita selemahku mampu berikan kebahagiaan untukmu dunia akhirat.  semoga berjaya dalam hidup

rayyan~~


Thanks for reading :)


andai itu takdirNYA :)
Friday, 16 November 2012 ? 0 Atashinchi ?

Tersebutlah kisah, seorang “lelaki A” datang berjumpa dengan seorang perempuan. Perempuan ini adalah yang paling ‘hot’ di kampusnya, kerana memiliki rupa paras yang cantik dan menawan.
Sifat pada perempuan ni yang paling orang suka adalah kerana dia ni seksi dan berada.

Nak dipendekkan cerita, kita lihat dialog yang berlaku antara lelaki A dan perempuan tersebut. Tapi sebelum tu, biar aku bagi tau korang ciri-ciri lelaki A tu.
Lelaki A merupakan anak seorang Dato’ yang sememangnya kaya, kacak dan bergaya. Nak pergi kampus pon pakai kereta mewah, kemudian ada driver pula. Awek mana tengok mesti melopong biji mata.

Alice : Apasal awak datang nak jumpa saya?
Lelaki A : Saya dah jatuh cinta kat awak.
Alice : (memandang lelaki itu dengan sinis) sebab?
Lelaki A : Kerana awak cantik. Sesiapa yang memandang awak sekilas pasti tak puas. Sudikah awak jadi gf saya?
Alice : Tapi..
Lelaki A : Jangan risau Alice. Saya ada segala-galanya. Harta..kebahagiaan..dan apa je awak mintak, saya boleh bagi.
Alice : Maafkan saya, saya ada kuliah. (perempuan itu sengaja membuat dalih)

Seminggu kemudian, perempuan ‘hot’ ni didatangi seorang lelaki lagi, kita namakan lelaki ni “lelaki B”. Penampilan lelaki B ni agak islamik.
Pakai baju Melayu siap bersongkok pula tu. Tapi, hati dia hanya tuhan sahaja yang tahu. Apa-apa pun, kenalah bersangka baik.

Alice : Ha, ada apa erk?
Lelaki B : Assalamualaikum. (ucap lelaki tu lembut)
Alice : (agak terkedu seketika) Waalaikumsalam. Kenapa awak datang nak jumpa saya?
Lelaki B : Saya…saya…
Alice : Kenapa? cakaplah..
Lelaki B : Saya jatuh cinta kat awak..
Alice : sebab?
Lelaki B : Perlukah bersebab?
Alice : Ya. Sebab saya tak pernah kenal awak, tau2 awak dah jatuh cinta..
Lelaki B : Baiklah, saya cintakan awak kerana Allah telah ciptakan perasaan cinta dalam hati saya untuk awak.
Alice : Owh. (Perempuan itu melihat jam tangannya) Maaflah, saya ada study group. Lain kali kita borak lagi.

Maka tertinggallah lelaki B keseorangan tanpa sebarang jawapan dari sang gadis itu.

Seminggu yang seterusnya, perempuan itu didatangi oleh seorang lagi lelaki iaitu “lelaki C”. Kali ini, lelaki C berpenampilan biasa dan sederhana saja.
Wajahnya juga tidaklah sekacak mana namun ada sesuatu pada wajah itu. Entahlah apa.
Perempuan itu mengukir senyuman manis untuk lelaki itu kerana dia pasti bahawa lelaki ini pasti akan bercakap benda yang sama.

Alice : Saya tau kenapa awak datang nak jumpa saya..
Lelaki C : (Termangu seketika) Awak dah tau?
Alice : Why not? Awak cintakan saya?
Lelaki C : Ya, saya menyintai awak.
Alice : (tersenyum sinis) Well, kenapa pulak? Sebab Allah telah menghadirkan perasaan cinta kat dalam hati awak untuk saya?
Lelaki C : (hanya mampu tunduk)
Alice : Kenapa diam? atau..awak jatuh cinta di sebabkan rupa saya..atau saya ni seksi..atau..saya ni anak orang berada..
Lelaki C : Demi Allah, semua itu tak betul.(Lelaki C berubah menjadi tegas). Ya, memang benar saya jatuh cinta kat awak tetapi bukan kerana Allah atau kerana kecantikan awak,
harta awak.. saya jatuh cinta disebabkan Syaitan Durjana . Syaitan yang mendorong saya untuk mengejar awak. Kemana saja awak jalan, mata saya akan mengekori awak.
Tatkala rambut ikal awak terbang ditiup angin,saya rasa perasaan saya kacau.Wajah cantik awak sentiasa datang bermain di jiwa saya pada hal saya tak menginginkannya.
Saya rasa rimas dengan perasaan saya. Saya semakin hanyut. Semakin terleka.
Alice : (terkedu) Apa awak nak?
Lelaki C : Saya tak mahukan apa-apa. Mungkin hanya sekelumit simpati. Hanya kalau awak sudi. Maafkan saya, saya mohon untuk berlalu.
Alice : Nanti dulu, siapa nama awak? Macam mana saya nak tolong awak?
Lelaki C : Nama saya, ah, tak layak saya nak beritahunya kat awak. Sesungguhnya nama yang saya pinjam ini sungguh mulia.
Saya pasti awak tau apa nak dibuat. Maafkan saya, saya tak sanggup nak berlama-lama di sini. Syaitan itu sentiasa membisikkan perkara yang jahat ke telinga manusia. Salamu’alaikum.

Alice hanya melihat langkah lelaki itu tanpa sepatah kata.

Dua tahun kemudian…

Hakeem merehatkan dirinya di pelantar rumah sambil menghirup udara segar pagi. Tiba-tiba dia disapa oleh ibunya.

Ibu : Hakeem, ibu teringin nak tengok Hakeem berumah tangga. Hakeem tak de ke pilihan hati Hakeem sendiri?
Hakeem : Entahlah ibu. Susah kita nak mencari pasangan yang betul2 berdiri di atas landasan yang teguh.
Ibu : Hakeem, ibu faham. Memang susah nak cari orang yang seperti itu, kalau ada pun, nisbahnya kecil. Manusia makin hanyut ditelan arus dunia.
Semakin moden, semakin lupa tanggungjawab kita sebagai muslim. Tapi Hakeem, kita juga boleh menjadi pengubah.
Hakeem : Ibu.. Hakeem faham Insya Allah ibu, Hakeem akan cari seorang perempuan..jika dia tak seperti yang Hakeem harapkan, Hakeem yang akan membentuk dia, mengubah dia.
Hakeem akan cuba laksanakan permintaan ibu.
Ibu : (tersenyum) Hakeem, ibu rasa, ibu sudah berkenan dengan seorang gadis ini. Dia baik dan manis juga orangnya. Pekerjaannya juga mulia.
dia bekerja sebagai seorang guru di sekolah menengah agama. Ibu dah berbual-bual dengan ibu bapanya. Baik sungguh mereka itu.
Hakeem : Siapa dia ibu? siapa nama dia?
Ibu : Nur Alissa Zakiyyah…

Seminggu sebelum hari pertunangan. Waktu itu, Hakeem berada di rumah Nur Alissa Zakiyyah. Baru kali pertama Hakeem ke sana. Rumah yang dijejakinya ini sungguh besar dan luas.
Halamannya juga menarik bersama landskap yang begitu teratur. Bunga-bungaannya memukau mata. Suasana agak hingar-bingar. Ibu Hakeem berada di dalam rumah mungkin
sedang sibuk membantu mereka yang lain menyiapkan juadah makan tengah hari bersama.

Hakeem berjalan menuju ke suatu sudut di halaman itu namun langkahnya terhenti apabila terlihat seorang gadis bertudung hijau lembut sambil mengenakan pakaian baju kurung..
entahlah baju kurung jenis apa yang penting ianya gubahan moden seiring mengikut zaman.
Gadis itu seperti pernah dilihatnya di dalam sekeping gambar. Gambar yang diberi ibunya. Mungkinkah itu bakal tunangnya?

Hakeem memberanikan diri untuk menyapa gadis itu.

Hakeem : Assalamu’alaikum.
Alissa : Wa’alaikumsalam. (Alissa tersenyum lantas membelakangi Hakeem)
Hakeem : Awakkah Nur Alissa Zakiyyah??
Alissa : Dan awak pula Hakeem Husainel?(soal Alissa tanpa menjawab pertanyaan Hakeem terlebih dahulu)
Akif : ya. Hakeem Husainel bin Muhammad Azhar. Awak belum jawab soalan saya..
Alissa : Hum.. akhirnya…
Hakeem : (Hakeem hairan) Kenapa? Pernahkah kita bertemu atau berkenal?
Alissa : Ya.
Hakeem : Siapakah awak? (tanya Hakeem penuh kehairanan)
Alissa : Nama saya Nur Alissa Zakiyyah binti Aziz. Sayalah Alice.
Hakeem: (terkesima) Subhanallah. Awak dah berubah, saya langsung tak cam awak. Macam mana awak boleh jadi macam ni?
Alissa : Bukankah awak yang meminta sekelumit simpati dari saya?
Hakeem : Alice…(terharu..)
Alissa : Hakeem, saya dah jatuh cinta kat awak. Dah lama..
Hakeem : Sebab?
Alissa : Saya mencintai awak kerana agama yang ada pada awak… 








Thanks for reading :)


terlalu berharap
assalamualaikum..:)

apabila kita terlalu berharap .jika kita tidak mencapainya  kita akan menjadi kecewa+menangis..ape2 pun jgn terlalu berharap dgn sesuatu perkara..:)






Thanks for reading :)


cantiknya. :)
Monday, 12 November 2012 ? 0 Atashinchi ?
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIH

ada sebuah cerita yang pernah aku bace..aku rase kawan2 semua pun dah bace cerita ni..:) tak pe2 kita kongsi same2 dan buat peringatan..:)

pada suatu hari ada seorng pemuda islam dan seorang pemuda inggeris.pemuda inggeris itu bertanya kepada pemuda islam."kenapa wanita islam tidak boleh berjabat tangan dgn lelaki lain kecuali suaminya sendiri"lalu pemuda islam pun jawab "saya mahu bertanya bolehkah kamu berjabat tangan dgn ratu Elizebeth??" pemuda inggeris pun balas "semestinya tidak hanya orang tertentu sahaja yang boleh berjabat tangan dgn ratu tersebut".pemuda islam pun menjawab "ya memang benar hanya orang tertentu sahaja yang boleh berjabat tangan dgn ratu tersebut. begitu juga dgn wanita islam.hanya boleh berjabat tangan dgn orang tertentu sahaja iaitu suami mereka."pemuda inggeris pun mengangguk faham

pemuda inggeris pun bertanya lagi " kenapa wanita islam perlu menutup rambut mereka atau memakai tudung??" pemuda islam itu terus mengeluarkan dua gula gula yang ada dlm poket seluarnya..satu gula2  masih elok tersarung. lagi satu gula telah dibukak sarungnya..lalu pemuda tersebut mencampak gula2 tersebut dia atas lantai..kemudian  pemuda islam bertanya kepada pemuda inggeris"saya telah mencampakkan 2 biji gula2 dia atas lantai..jika awak diberi pilihan,awak akan pilih yang mana??"  lalu pemuda inggeris pun menjawab "semestinya saya akan pilih yang gula2 yang masih bersarung." pemuda itu membalas "ya semestinya awak akan pilih yang bersarung.begitu juga wanita islam.mereka memakai tudung untuk melindungi diri mereka dan menutup aurat mereka. islam mewajibkan wanita menutup aurat suapaya terselamat."

lalu pemuda islam berkata "INDAHNYA ISLAM"..walaupun bukan orang islam.dia boleh tertarik dgn keindahan islam..

sekarang kita lihat semakin maju dunia..tetapi diri kita masih dlm jahiliah. dan jauh dgn ALLAH...i seek forgiveness from ALLAH the Almighty :) YA ALLAH jauhkan lah aku daripada perkara yang engkau murkai..AMIN~ 


Thanks for reading :)


sabarlah hati :D
Sunday, 11 November 2012 ? 0 Atashinchi ?
..YA ALLAH rindukan aku terhadap orang yang merindui jalan syahidmu..

bukan mudah nak luahkan rase isi hati..tambah2 kepada orang yang bukan muhrim bagi kita(golongan ajnabi) aku tertanya2 berdosakah aq kalau aq bagi tahu yang aku sukakan dia???masih dlm persoalan..

bukan mudah untuk berjumpa orang yang baik,soleh,taat terhadap perintah agama,dan suke mendekatkan diri terhadap ALLAH..maknanye ALLAH telah memberi HIDAYAHNYA terhadap hambanya..aq bile lagi?? jadi perlulah usaha terhadap mencari HIDAYAH dan KEREDHAANYA..

aku sentiasa doakan kejayaan dia di dunia dan diakhirat.."biarpun berjauhan asalkan sentiasa berhubungan"SENTIASA BERHUBUNGAN tu bukan nye kita msg,chat,call.TAPI kita berhubungan dgn DOA..insyaallah..DOA itu merupankan senjata umat islam yang sngt hebat..setiap umat islam mepunyainya...aku sentiasa berdoa jika ada jodoh dapatlah kita bertemu pada suatu hari nanti.. jika tidak mugkin ALLAH telah rancang yang lebih baik untuk aku...sabarlah hati wahai diri ku dan kawan2 ku..mugkin bukan masanya untuk memikirkan perihal tersebut..

setakat ni saje perkongsian aku terhadap kawan2..HAHA.aku tak hebat mcm para ulama dan ustazah...tapi aku akan kongsi ilmu yang aku dpat itu dgn kawan2 walaupun ilmu tu tak sbanyak mana..aku pun bukanlah orang yang hebat dan pandai seperti  kawan2 semua..:) assalamualaikum


Thanks for reading :)


form4..:)
ASSALAMUALAIKUM..

tahun ni tahun akhir aku jadi form4..tahun ni lah plg banyak benda boleh buat.plg bes zaman form4 ni semua program yg dianjurkan semua  masuk..bestnyer!!!!~ rindu form4!!!~tapi form4 ni jugaklah asyik nak main jer..last2 tgok result akhir tahun menangis sbb tak capai target..tapi tak pe..masih ade mase lagi..insyaallah..

kepada kawan2 aq yang berjihad menuntut ilmu..jom kita berjihad  bersama2..berjihad tak semestinya dlm peperangan...menuntut ilmu..juga dikira jihad...harap nati tahun dpn kita same2 betubah dari yang baik kepada yang lebih baik..mana yag kurang baik kita berubah menjadi baik..insyaallah..

tahan depan semua kene baru..yang penting AZAM baru..!!!!~ tu yg penting sekali..takut juga nak spm...ceewaahah!!~ beria belom masuk form5 lagi..HAHA.. tak pe kita boleh prepare dari sekarang..HAHA..

ustazah saya kata tahun depan kene matang..teringt waktu dekat kelas..aku makn lolipop sbb ade jamuan..lepas tu pegi salam ustazah..lepas tu ustazah kate:HIDAYAH MATANGLAH SIKIT..TAHUN DEPAN NAK FORM5..haha baru aq tahu mkn lolipop boleh dianggap mcm tak matang...BAIK USTAZAH SAYA AKAN BERUBAH!! INSYAALLAH!!~ hidayah munirah budak2nya kaw!!!~ hhaisihh baru sedar diri tu budak2..HAHA..

ok lah mase mencemburui..ok blog nati aq taip dekat muka ko lagi..!!~ HAHA..ok lah jom same2 kita belajar bersunguh2..tapi kene ingt juga jgn sampai tinggal solat..assalamualaikum..


Thanks for reading :)


dugaan!!!
Saturday, 27 October 2012 ? 0 Atashinchi ?
assalamualaikum..iman manusia ni sentiase naik turun..semua yg buruk dtg dari aku.dan semua kebaikan dtg dari ALLAH..periksa bnyak dugaan..makin dekat periksa makin bnyak masalh..

periksa pling kesal bio n addmtah..betapa sedih hati ni kalau dpt tahu gagal..hancur berderai cita2 nak jadi doktor..tak pe aq masih ade lagi masa untuk usaha.aq sentiase ingt ayat ni "JAGA HUBUNGAN DEGAN ALLAH INSYAALLAH BOLEH"..terima kasih yg bg semngt mcm tu..

kalau nak berjaya jugak kene jaga hati ibu n ayah..(saya syg ibu n ayah saya)..sbb keredhaan kita terletak pada ibu n ayah kita..tapi yg penting hormat kepada ibu..sbb syurga bawah telapak kaki ibu..byangkan lah kalau kita sedng solat tiba2 ibu kita panggil kita terpaksa berhenti solat..tgoklah betapa mulianya ibu dlm hidup kita..kalau kita tak jawab berdosa kita nanti..

amalan2 solat sunat tetap kene buat jugak..insyaallah top up kita punyer solat yg mane ade lubang2 tu..tulah dari kita bazir top up handphone je baik kita top up pahala..zamn sekarg macm dugaan yg dtg..kalau tak de ujian dgn masalah hidup ni tak ade pengalaman yg boleh dorong kita.dari pengalaman lah kita belaja erti kehidupan..insyaallah kalau terus berdoa dan tawakal dgn ALLAH

that all for today...aq sentiase doakan kau supaya berjaya dlm dunia dan akhirat..kalau ade jodoh insyaallah kita berjumpa..amin~ RAYYAN MUSLIM


Thanks for reading :)


naruto san!!!
Saturday, 1 September 2012 ? 0 Atashinchi ?
assalamualaikum..blog!!! rindu kamu sangt2!!!! HAHA..abaikan..kawan aq kate aq ni kuat cartun lah,otak kartun lah,hhaishh,,sebenarnye saya mempunyai daya creativiti yang tinggi..betul kan???

dalam hidup aq kalau tak de imaginasi tak indah hidup..ceeewwahhhh (ayat memang tahap beria) ye lah kdg2 aq ni kelibut pun ade..kalau dah lambat sesuatu benda dekat ostel..habis semua brg2 dlm loker tu jatuh...susah sikit nak bertenang..KELIBUT!! haha..

cartun yg plg aq minat 1.spongebob.2.naruto.3.semua pun boleh..kalau bab naroto ni bes kisah adik beradik antara uchiha sasuke dgn abgnye uchiha itachi..kira depa ni puak uchiha lah..hebat ni ade mate sharinggan..aq nak je ade mate sharinggan baru hebat..!!! HAHA..abg dia snggup bunuh semua puak dia demi keselamatan kampung dia..kecuali dia tidak bunuh adik dia uchiha sasuke..abg dia berharap suatu hari nanti sasuke cari itachi dan itachi nak mati di tgn adiknyer sendiri..

itachi sngt dibinci dikmpg konoha kerana membunuh puaknyer sendiri sbb tu masyarakat konaha memandg serong..kisian itachi padahal ingin selamatkan kmpg konoha..sasuke dari kecik dah simpan dendam dekat abg dia sampai snggup belaja kuase jahat semata2 nak bunuh abg dia..dia tinggal kan kmpg demi membals dendam

sampai lah kuase jahat tu di dah kuasai sepenuhnya..sasuke pun dah besar kira mingkat dewasa dia mencari abgnyer dlam kumpulan akatsuki(geng yg mengkhianati kmpg sendiri) abgnyer berlawan dgn sasuke..tapi lastnyer abg dia snggup tak bunuh adiknyer..sbb dia dah berjanji bahawa dia akan mati ditgn adiknyer sendiri..itachi mempunyai sakit sehingga dia terpaksa memakan ubat tahan sakit..apabila berlawan sakitnyer bertambah teruk..semasa lawan sasuke ingtkan abgnyer ingin mengambil matanyer kerana mate mereka sngt bernilai dan dpat kuase yg palng hebat.semasa dia berjalan ke arah adiknyer..dia semakin hampir hampir dan hampir..akhirnye abg sasuke hanya ingin menyentuh dahi adiknyer sasuke(mcm mane itachi buat dekat sasuke waktu kecik) dia tersenyum..sasuke terkejut..akhirnya itachi tumpas..kerana dia sudah terlampau sakit..segala kuasa itachi diberi kepada sasuke..akhirnye sasuke terkejut..

setelah selesai pertarungn seorang kawan abgnye menceritakan segala kisah hidup itachi yg penuh peristiwa hitam+pahit..dlm hidupnye satu detik je yang membuat bahagia dia apabila dia sudah dpt bertemu adik kesayangan..kawan dia menyatakan dia sentiase memerhati tingkah laku sasuke dan snggup melindung sasuke dlm diam..setelah mendegr cerita tersebut sasuke rase menyesal dgn permergian abgnyer..lalu sasuke menjadi semkin kuat dan semakin jahat akibat kuase yang dimilikinya..

kesimpulannyer kasih syg antara adik beradik sngt mendalam walaupun abgnyer jahat..tapi dia tetap ingin adiknyer selamat..."air dicincang takkan putus" .abgnyer yang baik dibunuh oleh adiknya sendiri yg penuh dendam..


Thanks for reading :)


cicak kobeng a.k.a SHIJIE
Sunday, 19 August 2012 ? 0 Atashinchi ?
"biar tidak berhubungan , tetapi saling mendoakan :)" *ayat ni selalu aq ingt!!!!  HAHA... :) nothing...ok bye




Thanks for reading :)


selamat hari raye!!! :)
Friday, 17 August 2012 ? 0 Atashinchi ?
assalamualaikum..laaaa dah raye dah..esok raye!!!! yyahhooooo..!!!! besnye dapt jumpe cedara yg tercyg!!*menyampah aq.HAHA..betul lah aq rindu GENG LANGIT!! *ditubuhkan pada raye tahun lepas.ketua mcm org tak betul.HAHA

last day dekat sekolah..dapat duit raye!!! besnyer!! dari ustaz kesayangan USTAZ OSMERA!!! beharga duit raye kalau cikgu dan ibu ayah yg bg..ustaz terima kasih bnyak :)..HAHA..esok raye jadi saya nak mintak maaf dekat kawan2..yg aq banyak buat salah..maafkan aq ye kawan!!! SELAMAT HARI RAYE MAAF FIZIKAL DAN SPIRITUAL..haha.eh.nati kalau korang free dtg rumah ye..dekat je ngn sekolah..jln kaki dah sampai dah..

kepada cicak kobeng..saya mintak maaf kalau ade salah dan silap..HAHA..maafkan aq yer..raye jgn lupe kesihatan diri dan keselamatan..!!!HAHA..amin~ ibu dan ayah anakmu memohon maaf.tiap2 tahun mintak maaf pastu buat lagi kesalahan yg sama!! HAHA manusia tak de yg sempurna!! :) k bai,esok raye wehh!!!




Thanks for reading :)


cicak kobeng!!!
Wednesday, 15 August 2012 ? 0 Atashinchi ?
hai..hewhew..>.<.cicak kobeng!!???..HAHA,,abaikan name tu.hhaiishh..nak dekat raye lah..sukenyer!!! tapi ramadhan nak tinggal kite semua sebagai umat islam...*sedih :<,,entah sempat tak aq nak sambut ramadhan tahun depan. minatk2 ALLAH  panjang kan umur aq..*AMIN

EMM..kenapa kalau kita suke dekat orang tu...tak semestinya orang tu suke kita????ni lah persoalan yang dah lame aq simpan..mungkin perasaan hati tak boleh bawak main2..itulah yang aq hadapi sekarg HAHA..*terasa over dos..tak pe lah mungkin ALLAH dah tentukan bahawa hamba ALLAH tersebut bukan orng yg terbaik buat aq//jadi aq kene redha dgn ketentuan ILAHI...insyaallah..jadi jgn fikir perkara2 yg rumit mcm ni..

sekarang aq hanya berdoa semoga dia sentiasa dlm keadaan sihat,semoga dipanjang kan umur dan sentiasa dirahmati ALLAH..semoga dia berjaya mencapai cita2 dia..*amin..INSYAALLAH aq doakan.. cicak kobeng!!!! c..i :)


Thanks for reading :)


!!!!!!!!!!!!!!!..SEBAGAI SEORANG HAMBA ALLAH


Thanks for reading :)


untuk mu muslimah

muslimah sejati ( :



Muslimah sejati akan menghiasi keperibadiannya dengan budi pekerti yang luhur dan keimanan yang murni. Fitrah kasih sayang tersimpan dalam perasaannya yang halus sehingga membuahkan kelembutan dan kehalusan perasaan insaniah. Jika sentiasa dijaga dengan didikan syariah, mereka akan menghiasi taman syurgawi di akhirat nanti. Alangkah indahnya dunia ini jika dihiasi muslimah solehah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan menghiasi bibirnya dengan perkataan yang mulia dan berzikir. Hatinya tunduk dan patuh dengan perintah Allah SWT dan menjalankan kewajipan insani sesuai dengan ketentuanNya.

Muslimah sejati bagaikan bunga yang mekar menguntum menceriakan suasana dan taman-taman. Personaliti wanita idaman bagaikan kiambang bertaut setelah biduk berlalu. Betapapun cabaran dan dugaan yang mesti ditempuh, namun kebulatan tekad menyatukan kembali hasrat kebenaran di dalam nurani. Ketaatannya menyejukkan kalbu, bagaikan titisan embun di pagi yang dingin sehingga menjadi suri teladan generasi yang akan datang. Perhatian Islam terhadap wanita tidak sekadar melepaskannya dari lembah bernoda menuju kedudukan yang mulia. Namun lebih daripada itu, wanita diberikan keistimewaan dalam merealisasikan fantasi dan impiannya. Anugerah keringanan dan keistimewaan itu memberikan keselesaan kepada wanita dalam menjalani tugas dan tanggungjawabnya.



WANITA YANG DIKASIHI 

Wanita bagaikan permata yang lama terkubur di lembah kejahilan. Kehidupannya kembali mewangi ibarat sekuntum bunga yang mekar setelah disinari cahaya oleh insan yang berbudi luhur. Rasulullah SAW telah mengangkat darjat wanita ke tahap yang paling tinggi, sehingga pengorbanan wanita selalu dikenang oleh setiap insan, kelembutannya menyejukkan hati bila memandang. Tiada seorang wanita pun yang ingin diseksa dengan penuh kehinaan lantaran dosa yang dikerjakan. Namun ramai wanita yang suka mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa lain yang menyebabkan ia menjadi penghuni neraka. Hanya wanita yang memahami hakikat kewanitaannya akan menghargai dirinya sendiri dan membimbing dirinya ke jalan yang diredhai Allah. 


WANITA SOLEHAH 


Wanita solehah merupakan calon penghuni syurga, menjadi dambaan insan yang beriman bagaikan teratai mekar di tasik madu. Keindahan akhlaknya memancarkan keluhuran nurani, menyejukkan hati dan penyeri budi pekerti. Ucapannya menepis fitnah dan kemungkaran, membuahkan hikmah umpama senandung rindu syair keinsafan. Setiap nasihat dan wasiat yang disampaikan Rasulullah SAW menjadi pelita dalam kehidupan seorang wanita solehah. Buaian nafsu dan kenikmatan dunia bagaikan biasan cahaya yang tidak meninggalkan bekas dalam sanubarinya. Kezuhudannya tersimpan rapi dalam mahligai impian untuk dinikmati dalam taman-taman syurgawi. 


Semoga menjadi pedoman wanita yang ingin menjadi remaja cemerlang, isteri solehah, dan ibu yang penyayang, InsyaAllah.    copy paste:)..benda yang baik!!!!


Thanks for reading :)


CINTA HIGH CLASS!! :)
asaalamualaikum..copy peste!!! :) benda baik tak salah..share:) 


" Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan "


Thanks for reading :)


untukmu sahabat :)
Tuesday, 14 August 2012 ? 0 Atashinchi ?
Assalamualaikum w.b.t , 

Semoga Allah SWT merahmati dirimu dah diriku juga.

Aku seorang hamba Allah SWT, manusia yang selalu lupa, perlu di ingati tatkala alpa, perlu dibimbing di saat aku jauh dari landasan Ilahi. Sudah lapan belas tahun aku hidup di bumi ini, banyak dugaan dan cabaran telah aku tempuhi. Begitu juga dirimu sahabat. Berusaha untuk menjadi hamba Allah SWT yang sentiasa dekat dengan penciptanya. Berusaha untuk menjadi ummat yang sentiasa mengikuti sunnahnya. Berusaha untuk menjadi da'ie bagi menegakkan panji panji Islam. Berusaha untuk menjadi anak yang solehah bagi membuat umi dan walid gembira. Berusaha untuk menjadi contoh yang terbaik buat adik adik. Berusaha untuk menjadi pendamping setia untuk sahabat. Berusaha untuk menjadi zaujah terbaik buat bakal imam kita. 

Semuanya bermula dengan usaha. Sebelum datang usaha, kita dahulukan dengan niat yang baik dan ikhlas, yang penting lillahi taala. Tapi sebagai seorang yang kerdil, ada masanya diri ini akan jatuh. Susah untuk bangun kembali. Namun aku bersyukur, Allah SWT sangat menyayangiku. Dikurniakan sahabat yang tidak jemu dan sentiasa bersemangat untuk membuat aku bangkit kembali. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan mu yang tidak terhingga! 

Aku masih ingat, tatkala ada pihak yang cuba menjatuhkan aku, kau pegang erat tanganku, memelukku, sanggup membiarkan bajumu basah dengan tangisanku. Aku yakin, itu semua tarbiah dari Allah untukku yang selalu lupa. Namun disebalik tarbiah itu, aku sedar sesuatu. Allah menghadiakan aku kekasih yang boleh aku dampingi tanpa perlu akad dan nikah, kekasih yang bolehku luahkan segalnya tanpa perlu menjaga pandangan mata, kekasih yang bergelar muslimah. 

Kekasih yang aku gelarkanya sebagai sahabat. Sewaktu aku tidak faham dengan apa yang diajar oleh pemberi ilmu, kau sentiasa membantuku. Tatkala aku merungut lapar, kau menghulurkan makanan kepadaku. Tatkala mataku mula menutupi rapi, kau pinjamkan dirimu untuk menjadi bantal sementaraku. Tatkala aku dahagakan ilmu ukhrawi, kau hulurkan Al-Quran untuk panduanku. Tatkala aku sakit, kau menghadiahkan doa buat diriku. Syukran ya sohabati!

Ini hanya sedikit dari apa yang ingin ku sampaikan. Nanti meleret jenuh nak baca :D

apapun, this warkah is to all my beloved girlfriends. Tiada yang tersurat dan tersirat. hihi.




ukhuwah fillah till Jannah insyaAllah. Uhibbuki fillah !   ♥ ♥ 



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post